Thursday, August 19, 2010

Kuiz Mingguan

Salamalaik, kepada para pembaca sekalian..Baiklah, penulis telah mendapat satu idea yang bagi penulis adalah terbuek..hehe.. utk menambah ilmu sesama kita, penulis ingin melancarkan KUIZ MINGGUAN..

Soalan 1 :

Jika ayat-ayat Al-Quran yang mempunyai 114 surah itu disusun secara memanjang, apakah perkataan yang terletak betul-betul di tengah ?

Soalan 2 :

Berapakah panjang sebenar Sungai Nil dan di manakah Sungai Nil berakhir ?

Soalan 3 :

Berapa banyak kalikah Siti Hawa isteri kepada Nabi Adam a.s mengandung ?

Soalan 4 :

Sewaktu Nabi Adam a.s dan Siti Hawa diturunkan ke bumi, di manakah baginda berdua diturunkan ?

Soalan 5 :

Apakah surah Al-Quran yang menceritakan pertemuan dua laut ?

Soalan 6 :

Lengkapkan slogan kata berikut ....

Saya bersyukur ke hadrat Illahi kerana dipilih menjadi seorang muslim kerana ..........................................................................................................................................................................

(tidak lebih dari 18 patah perkataan)


~ p/s tarikh tutup kuiz sehingga 26/8/2010 ~

1. Letakkan jawapan di comment @ msg di Facebook penulis (khairulanwarrazali@yahoo.com) @ YM penulis (khairulanwarrazali@yahoo.com)

2. Pemenang akan diberikan voucher yang bernilai 5 Le..Dengan 5 Le boleh :

1. makan to'miyah selama 5 hari.
2. naik bas selama seminggu.
3. minum asob 5 kali.
4. minum mango 2 kali dan asob 1 kali dan lain-lain.....

3. Sesiapa sahaja boleh mengambil bahagian berdasarkan terma dan syarat..

ditaja sepenuhnya oleh Khairul Anwar Razali sdn.bhd ^_^ Bittawfik Wannajah..

No comments:

Post a Comment