Saturday, February 27, 2010

Assalamualaikum..

Menjawab kepada persoalan guest 1 & guest 2.. jemput ziarah ke azzahra.vox.com

tafaddal..ma'ah salamah..

Wednesday, February 24, 2010

Assalamualaikum..

1. Jemput ziarah ke azzahra.vox.com
2. Sama2 kita sedekahkan al-fatihah dan mendoakan supaya sahabat kita Nur Syafiqah Bt Abu Safri supaya cepat sihat serta selamat balik ke mesir..(dengar kata balik msia)..
3. Selamat Hari ulangtahun kepada yg bufday mereka bulan 2..semoga dirahmati..
3. Juga kepada kita sume..

wassalam..

Tuesday, February 16, 2010

kami HEBAT, kami, CHOMEL, kami MATANG, kami MENANG!!!

MEDISAL CUP

Inilah laporan khas dari kami akhawat yang telah menyertai sukan MEDISAL pada 16 Februari 2010 bertempat di Nadi Abbasiyah (sebelah ARMA) sebagai wakil University Ain Shams yang tercinta.

Peserta MEDISAL CUP kali ini ialah akhawat-akhawat perubatan dari;

· University Ain Shams

· University Al-Azhar

· University Cairo

Sukan yang dipertandingkan;

· Bola Keranjang

· Futsal

· Bola Jaring

Memandangkan MEDISAL diadakan ketika cuti, jadi wujud masalah kekurangan pemain. Namun, ini tidak melunturkan semangat kami yang ada untuk bermain dan merebut Piala MEDISAL pusingan. Berikut ialah senarai nama pemain:

· Norhalili Tamiri

· Syafinah Rusdin

· Zainib Amirah Anuar

· Fatihah Saidin

· Siti Maryam Dicky

· Shariffah Iryani Salehin

· Bahiratul Ainain Jasli

· Nurul Syafeza Dzulkaftah

· Vaynessa Jaffrey

· Siti Hajar

· Nur Rahil Joibi

· Azlina Ag. Kassim

· Yusra Hanani

· Noorul Hidayahtika

· Aimi Syahira

· Nasibah

· Dan beberapa pelajar tahun 2

Tanpa latihan, tanpa ‘warming up’ yang betul, tanpa pemain yang cukup, tanpa persediaan, kami tetap semangat untuk bermain untuk mengharumkan nama universiti kita. Berkat kesungguhan dan ketekunan kami bermain, alhamdullilah, keputusan permainan boleh dibanggakan.

Bola Keranjang

Pertama: University Ain Shams

Kedua: University Cairo

Ketiga: University Al-Azhar

Futsal

Pertama: University Al-Azhar

Kedua: University Ain Shams

Ketiga: University Cairo

Bola Jaring

Pertama: University Cairo A

Kedua: University Cairo B

Ketiga: University Al-Azhar

Keempat: University Ain Shams

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Biro Sukan PERUBATAN kerana Berjaya menganjurkan aktiviti ini. Bukan sahaja, dapat mencungkil bakat-bakat mahasisiwi Ain Shams malah, dapat mewujudkan ikatan ukhuwah diantara ahli-ahli PERUBATAN dari ketiga-tiga university.

Setinggi-tinggi penghargaan turut diucapkan kepada para pemain dan penyokong yang sudi hadir dan memeriahkan MEDISAL kali ini. Saya sangat terharu kepada akhawat yang hadir, walaupun tidak bermain namun tetap memberi sokongan tanpa jemu. Walaupun, letih bermain, namun tetap berusaha untuk memberi yang terbaik. Walaupun, tak cukup orang, namun tetap CHOMEL!!!

Diharap agar, sukan MEDISAL pada tahun hadapan akan mendapat komitmen sepenuhnya dari semua mahasiswi Ain Shams. Insyaallah, dengan latihan dan komitmen kita semua, piala MEDISAL akan menjadi milik kita pada tahun hadapan. Wassalam.

-mar-

Saturday, February 13, 2010

kerneh a.k.a kad pelajar

assalamualaikum.
Selamat bercuti kepada semua!!

Nak bagitau lepas cuti musim dingin ni, tolong bawa sekeping gambar berukuran passport dan 1 salinan passport. Sebab Mr. Said nak buat kad pelajar kita. jadi, (Lepas ni bolehlah dapat diskaun...hehe)

Tengah syok2 cuti ni, x lupa buat assignment okay.. have fun and enjoy your holiday!!
salam...

-mar-