Tuesday, September 27, 2011

Organisasi Bayangan 11/12









PERLEMBAGAAN ORGANISASI BATCH

Umum
1.       Pelaksanaan organisasi wajib berlandaskan Al-Quran, Hadis & Ijma’ Ulama secara total.
2.       Setiap Ahli Jawatankuasa Tertinggi wajib menjalankan segala permintaan ketua batch selagi tidak melanggar batas-batas agama.
3.       Jika terdapat salah faham, wajib merujuk kepada Al-Quran, Hadis & Ijma’ Ulama.
4.       Ahli Jawatankuasa wajib bersuara apabila ketua batch melakukan kesilapan dengan niat sebagai nasihat.
5.       Setiap jawatan hendaklah ditentukan dengan sistem undian.
6.       Setiap pelajar yang dipilih, wajib menerima tanggungjawab tanpa sebarang alasan kecuali dengan alasan yang munasabah untuk menolak.
7.       Tiada perlantikan on the spot untuk sebarang jawatan.
8.       Laksanakan tugas kerana ALLAH & Agama Islam.
9.       Perlembagaan Organisasi Batch boleh digubal tetapi wajib berlandaskan musyawarah bersama semua Ahli Jawatankuasa Tertinggi.

Ketua Batch
1.       Perlu memimpin berlandaskan Al-Quran, Hadis & Ijma’ Ulama.
2.       Mengetuai sebarang mesyuarat organisasi.
3.       Terdiri dari pelajar MoU.
4.       Menjaga kebajikan para pelajar secara menyeluruh.
5.       Ketua pada nama, orang bawahan apabila melaksanakan tugas.
6.       Sebarang keputusan hendaklah diputuskan melalui musyawarah bersama semua pelajar atau Ahli Jawatankuasa Tertinggi atau paling minimum bersama timbalan ketua batch (akhawat),timbalan ketua batch ikhwah (ketua G2G) & timbalan ketua batch akhawat (timbalan ketua G2G).
7.       Wajib membuat target tahunan.
8.       Wajib mendengar semua pendapat,nasihat mahupun teguran dari sesiapa sahaja.
9.       Wajib memastikan organisasi batch berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah hatta ketika musim peperiksaan sekalipun.
10.   Memiliki immunity untuk tidak menjawat sebarang jawatan pada sesi hadapan berlandaskan kehendak peribadi.



Timbalan Ketua Batch Ikhwah
1.       Merangkap sebagai Ketua G2G.
2.       Menguruskan segala hal –ehwal pelajar G2G.
3.       Wajib menyalurkan segala permasalahan secara menyeluruh kepada ketua batch.
4.       Sentiasa berhubung dengan ketua batch bagi memastikan segala bebanan kerja ketua batch dapat dikurangkan.
5.       Wajib menyuarakan pandangan secara terbuka kepada ketua batch.
6.       Wajib mendengar semua pendapat, nasihat mahupun teguran dari sesiapa sahaja.

Timbalan Ketua Batch
1.       Merangkap ketua kepada pelajar akhwat.
2.       Terdiri dari pelajar akhawat MoU.
3.       Wajib menjaga segala hal-ehwal para pelajar akhawat.
4.       Wajib menyalurkan segala permasalahan yang ada kepada ketua batch.
5.       Wajib menasihati ketua batch jika terdapat kesilapan mahupun perselisihan pendapat.
6.       Wajib mendengar semua pendapat, nasihat mahupun teguran dari sesiapa sahaja.

Timbalan Ketua Batch Akhawat
1.       Merangkap sebagai timbalan ketua G2G.
2.       Membantu Ketua G2G dalam menyelesaikan masalah-masalah para pelajar G2G.
3.       Wajib menjaga segala hal-ehwal para pelajar akhawat.
4.       Wajib menyalurkan segala permasalahan yang ada kepada ketua batch.
5.       Wajib menasihati ketua batch jika terdapat kesilapan mahupun perselisihan pendapat.
6.       Wajib mendengar semua pendapat, nasihat mahupun teguran dari sesiapa sahaja.

 Setiausaha
·         Menyediakan senarai nama pelajar yang lengkap tahun 2 sesi 2010/2011.
·         Menyediakan jadual kedatangan para pelajar dan wajib mengambil kedatangan pelajar setiap hari, serta dirahsiakan dari pengetahuan pelajar.
·         Menyediakan segala laporan – laporan yang lengkap dalam semua aktiviti yang dijalankan dan WAJIB diserahkan kepada ketua pada hujung semester.
·         Memastikan semua natijah sampai ke tangan Ketua Lajnah Akademik.
·         Berusaha menyediakan ranking pelajar dalam setiap subjek secara berasingan & ranking keseluruhan pelajar.
·         Wajib merahsiakan atau tidak mendedahkan ranking individu pelajar kepada orang lain.

Bendahari
Menyelia kutipan yuran bulanan setiap pelajar sebanyak 5 LE.
Tujuan :
·         Memastikan mempunyai sumber kewangan atau dana batch yang kukuh.
·         Untuk dibahagikan kepada setiap lajnah, jika terdapat sebarang aktiviti.
·         Digunakan jika terdapat perkara-perkara kecemasan (kematian,kehilangan dll)
·         Digunakan untuk fotostat nota – nota untuk diberikan kepada pelajar.
·         Bendahari bertindak sebagai BANK BERGERAK :
~ Menyediakan pinjaman kepada pelajar,jika pelajar mempunyai masalah kewangan.
~ Wajib membayar balik wang pinjaman, seminggu selepas wang dipinjam.
~ Tidak dikenakan sebarang bunga.
·         Bendahari diwajibkan membuat penyata kewangan, dan diserahkan kepada Ketua Batch, setiap bulan.



GERAK KERJA SETIAP LAJNAH
1.       LAJNAH AKADEMIK.
Diketuai seorang ketua & dibantu oleh seorang timbalan.
Dipecahkan kepada 4 bahagian berdasarkan 4 subjek utama, diketuai oleh dua orang koordinator :

SUBJEK
IKHWAH
AKHWAT
Pathology


Parasitology


Pharmacology


Microbiology



Setiap coordinator bagi setiap subjek, disarankan berjumpa pensyarah bagi subjek yang ditetapkan, bertujuan untuk :
·         Dapatkan informasi yang tepat mengenai setiap peratusan dalam group assignment, assessment exam, mid-term & carry marks untuk ditambah dalam final exam.
·         Berusaha mendapatkan semua natijah ( group assignment, assessment exam, mid-term exam & carry marks), dan diserahkan kepada lajnah natijah.
·         Berusaha mendapatkan informasi mengenai format soalan dalam final exam.
·         Berusaha mendapatkan informasi mengenai tarikh,masa dan tempat yang tepat bagi peperiksaan assessment exam, mid-term & final exam.
·         Berikan informasi yang tepat, ikhlas dan jujur kepada pelajar mengenai nota-nota tambahan yang lengkap dan bagus untuk dibaca kepada para pelajar. (Pastikan setiap pelajar mendapat nota yang sama, atau tak lebih dan tak kurang serta mendapat nota pada waktu yang sama)
·         Adakan survey setiap minggu bagi memastikan tahap kefahaman pelajar ditahap yang terbaik.
·         Berusaha memastikan pelajar yang tidak hadir ke kelas, tahu apa yang diajar dikuliah.
·         Disarankan berkongsi cara belajar yang efektif bersama para pelajar.
·         Bertukar soalan – soalan peperiksaan dengan universiti – universiti diseluruh Mesir.


2.       LAJNAH PEMBANGUNAN INSAN.
Berusaha memastikan para pelajar mendapat ilmu yang amat bermanfaat mengenai ilmu agama, seterusnya membawa anjakan paradigma dalam diri pelajar.
Matlamat utama :
·         Penerapan cinta kepada ALLAH dan Rasulullah.
·         Penerapan nilai-nilai murni.
·         Berusaha memastikan pelajar kurang mengumpat.
·         Berusaha memastikan pelajar kurang poteng kuliah & tidak meniru sewaktu exam.
·         Lain-lain perkara yang dirasakan wajar oleh ketua lajnah.
Berusaha menerbitkan risalah 2 minggu 1 kali, dan dibenarkan menangguhkan penerbitan jika   terdapat exam.
Ketua lajnah ikhwah dan akhwat, mempunyai 2 risalah yang berbeza dan mempunyai identiti risalah yang berbeza.
Berusaha memastikan setiap pelajar membaca risalah yang diterbitkan.
Berusaha menerbitkan risalah untuk diberikan kepada tahun 1 & tahun 3.
Berusaha menerbitkan risalah untuk diberikan kepada Universiti Kaherah & Universiti Azhar.

3.       LAJNAH SUKAN & AKTIVITI LUAR
Disarankan, berusaha memastikan para pelajar menghadiri 3 kali dalam mana-mana acara sukan. Tetapi optional bagi akhwat.
Mengadakan perlawanan persahabatan bersama universiti - universiti yang berada disekitar Mesir.
Aktiviti sukan, dikurangkan pada minggu peperiksaan.

4.       LAJNAH KEBAJIKAN
Menjaga kebajikan setiap pelajar.
Membantu mana-mana pelajar yang ditimpa kesusahan umpama kehilangan harta benda, kematian dan sebagainya.
Bertanggungjawab untuk mengadakan tabung kecemasan seandainya kes atau masalah yang menimpa pelajar satu kes yang boleh dianggap berat dan perlu mendapatkan pandangan ketua batch.

5.       LAJNAH PENERBITAN & PENERANGAN
Bertanggungjawab dalam kerja-kerja Photostat nota-nota kuliah,jadual peperiksaan serta soalan-soalan latih tubi yang diminta oleh ketua batch mahupun sesiapa sahaja ahli jawatan kuasa tertinggi batch seandainya dianggap perlu.
Duit akan disediakan berlandaskan dana yang sedia ada.
Memastikan blog batch sentiasa dikemaskini.

6.       LAJNAH PERUMAHAN
Bertanggungjawab dalam membantu mencarikan rumah sewa untuk para pelajar seandainya diminta oleh ketua batch mahupun pelajar sendiri.
Memastikan keselamatan rumah sewa pelajar dalam keadaan terjaga.
Membantu pelajar dalam menyelesaikan akad sewa harga rumah dengan harga yang berpatutan.
Menyediakan jadual musyrif khas untuk para pelajar akhawat.

7.       LAJNAH EKONOMI
Merupakan satu lajnah alternative bagi membantu memapankan dana batch.
Bertanggungjawab dalam mencungkil bakat keusahawanan para pelajar.
Contoh aktiviti :
a.       Penjualan jaket batch.
b.      Penjualan baju batch.
            c.     Penjualan kek batik dan sebagainya

Tuesday, December 21, 2010

Anatomy schedule


 Assalamualaikum..

Just to inform all of the students about this anatomy teaching schedule for Neuroanatomy.
 

DATE & DAY
TOPIC
LECTURER
15 DEC.
WED.
INTRODUCTION TO NEUROANATOMY
DR. KARIMAN
16 DEC.
THUR.
Spinal Cord 1 : external features & spinal meninges
DR. SHAHIRA Y.
20 DEC.
MON.
Spinal Cord 2 : internal features & spinal nerves
DR. SHAHIRA Y.
21 DEC.
TUE.
Tract 1 : ascending 1:dorsal column(=gracile & cuneate) + spinocerebellar & other proprioceptive tracts
DR. SALWA
22 DEC.
WED.
Tracts 2 : ascendeing 2: anterolateral system = spinothalamic, spinotectal & spinoreticular tracts
DR. SALWA
23 DEC.
THUR.
Tracts 3 : descending pyramidal
DR. SALWA
27 DEC.
MON.
Spinal cord 3 : blood supply & lesions
DR. SEHAM
28 DEC.
TUE
Brain Stem 2 : ventral surface, cranial nerve attachment + interpeduncular fossa
DR. HANY
29 DEC.
WED.
Brain steam 2 : dorsal surface & 4th ventricle
DR. HASAN
30 DEC.
THUR.
Brain Stem 3 : cranial nerve nuclei
DR. KARIMAN
3 JAN.
MON
Brain Stem 4 : cranial nerve nuclei (continued) + medial longitudinal bundle & reticular formation
DR. KARIMN
4 JAN.
TUE.
Cerebellum
DR. HANY
5 JAN.
WED.
Diencephalon
DR. AZZA SALAH
6 JAN.
THUR.
3rd ventricle & cerebral meninges
DR. HASSAN

 Thanks.

Anatomy coordinator, 
2nd year 2010/2011