Thursday, August 19, 2010

Erti Taufik Dan Hidayah

salamalaik, para pembaca sekalian..Syukur ke hadrat Ilahi kerana terus memberikan diri ana ini kekuatan untuk terus menulis dan mengupdate blog ini dan terus menerus memberikan diri ini hidayah untuk membawa diri hamba ini ke jalan yang diredhai dan syumul..alhamdulillah..Baikla, pada hari ini , penulis ingin berkongsi serba sedikit ilmu yang penulis ada bersama entum semua..

Kita asyik2 berdoa selepas solat mahupun tidak kira waktu mohon kepada ALLAH, " Ya ALLAH, kurniakanlah diriku ini taufik dan hidayah.." amin..Namun, apakah definisi sebenar taufik serta hidayah..Penulis bertanya kepada sahabat2 penulis.." Hidayah tue ap ek ? ".."Hidayah tue petunjuk dari ALLAH..Taribat yadat ( gitu pun tak tau ?) "..hehe..dialog diubah-ubah..takde kena mengena yg hidup maupun yg sudah tiada..betullah ap yg dijawab oleh sahabat penulis..kemudian penulis tanya " Kalu gitu, Taufik tue ap plak ? ".." em..em..amenda aa..em..mana ar ak tau.." jawab sahabat..

Baiklah hidayah nie secara umum, memang betul, membawa erti petunjuk dari ALLAH..

Manakala taufik pula, secara amnya membawa maksud kekuatan..Justeru, secara konsepnya, maksud taufik dan hidayah adalah kekuatan untuk melakukan hidayah..

Taufik dan Hidayah nie merupakan satu pasangan yg tak boleh dipisahkan..Tanpa hidayah, sudah pasti seseorang itu akan sesat jauh dari jalan kebenaran..Namun, tanpa taufik, sia-sialah hidayah yang dikurniakan..

Analogi yang cukup mudah :

1. Solat :

kita tau solat tue wajib..Tp,malas nak tunaikan..

2. Baca Quran :

kita tau Quran tue mukjizat Rasulullah, tp malas nak baca..

3. Puasa Sunat :

Kita tau banyak fadhilat puasa sunat hari khamis ngan hari isnin,tp malas nak puasa..

4. Pakaian :

Kita tau pakai tudung atau tutup aurat tue wajib, tp, tngokla kat mesir, berlambak pompuan arab pakai baju ketat2..nauzubillah..

so,banyak lagi contoh2 yg boleh diambil iktibar melalui kehidupan seharian kita..so,smpai disini saja..Selamat Beramal..wassalam..^_^

1 comment: