Tuesday, August 24, 2010

Batu Belah Batu Bertangkup

Assalamualaikum..maafkan penulis..pada saat ini, penulis berada dalam keadaan yg cukup tidak tenang..mungkin, hati penulis jauh dari nikmat kasih sayang ALLAH..kerana mungkin penulis mabuk dengan segala nikmat yang ALLAH kurniakan, sehinggakan penulis lalai dari tugas penulis sebagai seorang hamba..ampunila aku, Ya ALLAH.. semoga apa yang penulis coretkan disini,pada saat ini, mampu menenangkan hati penulis..amin..

Baikla, penulis mendapat satu idea apabila mendengar nama cerita dongeng ini, iaitu " Batu Belah Batu Bertangkup." Menceritakan bagaimana, seorang ibu merajuk kepada 2 orang anaknya yang memakan ikan ibunya, lantas tidak menyimpan langsung untuk ibunya..Lalu si ibu merajuk, dan membiarkan dirinya ditelan oleh batu berpuaka..

Pada mulanya, saya merasakan cerita merupakan satu pengajaran yang cukup bermakna, supaya jangan derhakai ibu.. Namun,apabila sy fikir2 semula, sy memerhatikan, cerita ini mempunyai unsur2 ketidak sabaran seorang manusia..cuba kita bandingkan kisah ini dngan asma-ul husna..yakni 99 nama-nama ALLAH..antara nama ALLAH ialah Ya Sobur, yakni maha penyabar..

apakah membuktikan ALLAH ini Maha Penyabar, para pembaca sekalian? Bukti yang cukup jelas..manusia malah penulis sendiri banyak melakukan dosa2 besar mahupun dosa2 kecil, namun ALLAH tetap bersabar..malah dengan sifat ALLAH yang pemurah lagi mengasihani, ALLAH tetap mengampuni dosa para hamba NYA dengan syarat apabila bertaubat.. jika ALLAH tidak mempunyai sifat Maha Penyabar, sudah pasti, habis kita sekalian makhluk ditimpakan azab yang tidak terperi oleh ALLAH S.W.T seperti mana ditimpakan kepada umat2 yg terdahulu..

ALLAH MAHA PENYABAR..kita sebagai manusia, harus sedar, kita banyak melakukan dosa2 yang baringkali mendatangkan kemurkaan ALLAH..malah penulis sendiri banyak kali melakukan dosa2..penulis pun penah terfikir.." aku nie, bendul betul..hati manusia, sampai nak mati aku jaga..tp,hati ALLAH,tak penah aku jaga.." "ampunilah aku YA ALLAH..aku hamba MU yang paling hina..ampunilah aku YA ALLAH.." "Hanya Engkau Tuhan ku YA ALLAH"...ampunkan kami YA ALLAH...YA ALLAH..YA ALLAH...wassalam..

No comments:

Post a Comment