Saturday, January 2, 2010

Perasmian Blog First Year Ain Shams

Assalamualaikum..Dengan lafaz bismillahirrahmannirrahim..Saya merasmikan pembukaan blog khas untuk pelajar medic tahun 1..semoga segala intipati yang bakal ditampilkan melalui blog ini,dapat dimanfaatkan bersama..

Diharapkan,dengan adanya blog ini,akan dapat membantu menyelesaikan masalah yang ada dikalangan pelajar seperti tarikh sebenar waktu peperiksaan, markah untuk formative exam dan seumpamanya.. justeru,blog ini harus dijadikan satu wadah wancana yang bakal memberikan satu impak yang besar kepada kehidupan kita selaku pelajar perubatan..

Diharapkan jua,agar blog ini juga diisi dengan ilmu-ilmu agama seperti al-quran dan hadith..

Rasulullah pernah bersabda bahawa : Dalam kehidupan, kita mempunyai 3 teman..2 yang fasih berbicara dan 1 yang pendiam.. Al-quran dan hadis yang pandai berbicara dan mengingati mati adalah teman yang pendiam.. Justeru, dengan hanya berpegang pada 3 teman ini, insyaALLAH selamat dunia dan akhirat..

Diharapkan,para AJK agar melaksanakan tugas dengan amanah dan beristiqamah yakni berterusan.. Janganlah sekadar hangat-hangat tahi ayam atau sekadar inginkan populariti.. Walau sekecil manapun jawatan kita, tetap akan dibangkitkan di alam barzakh kelak.. Jalankanlah tugas yang telah diamanahkan.. Bulatkan niat kerana ALLAH, insyaALLAH akan sentiasa dipermudahkan oleh-NYA..

syukron,kullu a'm wa antum bi khair..

Khairul Anwar Razali,
Penasihat wakil Pelajar Tahun 1.

1 comment:

  1. salam..

    ya Insyaallah..sama2 kita semua Ajk yg dilantik buat kerja.. xda yang nak cari glamor je..
    dan yang melantik pon bagi kerjasama..
    sama2 kita semua mengecap kecemerlangan dunia akhirat.

    diharap blog ni x kan sepi...

    ReplyDelete